Friday 14 November 2014

KISA DI PERAK DOTA 2 TOURNAMENT 2014 (UTP)

Beberapa hari lepas, kami team Kisa telah bergerak ke Perak untuk Grand Final Perak Dota 2 Tournament di Universiti Teknologi Petronas selepas layak untuk ke peringkat seterusnya dengan mendapat 5-0 mata penuh di peringkat kumpulan.

Group D Perak Dota 2 Tournament
Kami berjaya mendapat tempat keempat di dalam tournament tersebut dan kami terpaksa akur kalah dengan GTI-Cosplay dengan memberi game yang agak menyebelahi kedua-dua belah pihak sehingga terpaksa membawa game ke 1jam 10minit sebelum mereka berjaya masuk ke dalam base kami.

Terima kasih di atas sokongan anda semua disana. Ramai orang baru juga yang kami kenal dan ramai juga yang memang kenal kami sebelum lagi kami sampai disana. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua!

Sekali lagi terima kasih juga kepada Roman Tay kerana sudi untuk menjadi manager kami semasa kami berada di sana dan juga memberi support kepada team kami! Terima kasih sekali lagi kepada semua.

Team Kisa Di UTP Perak Dota 2 Tournament (Dari kiri, Pikalogy-Kush.OG-MoJo-n4lution-[c]ryptic-DouL)

Perak UTP Dota 2 Tournament Result
1- Magic Cosplay
2- Pisang
3- GTI-Cosplay
4- Kisa

Tuesday 4 November 2014

PERJANJIAN BERSAMA KIM NANA TAMAT

PERJANJIAN BERSAMA KIM NANA TAMAT



Setelah beberapa perbincangan daripada pihak kisa dan juga salah seorang player merangkap Mid Laner team kisa Taufik "Kim Nana" Azhar, kami akan melepaskan Kim Nana yang kontrak nya akan tamat pada pertengahan bulan 11.

Kim Nana merupakan seorang "Mid Player" yang kuat dan juga berkebolehan untuk team kisa. Antara pencapaian Kim Nana bersama team kisa adalah :

1) Juara GGDOTM (Defense of the Malaysian)
2) Tempat Kelima tournament Hall Of Fame
3) Tempat Kelapan tournament G-1 League Mineski
4) Tempat Kesembilan tournament Step-Up
5) Tempat Kesembilan tournament Rage

Kami akan merindui Kim Nana dengan signature hero seperti (Invoker, Storm dan juga Kunkka) pada masa yang akan datang

"Best of Luck" dari kami wakil daripada kisa untuk Kim Nana pada masa yang akan datang dan berharap agar kita dapat bekerjasama lagi pada masa yang akan datang.

Thursday 30 October 2014

GIVEAWAY SNIPER ELITE 3!


Seperti yang dijanjikan, kami akan buat giveaway KEDUA kami dengan memberi game "SNIPER ELITE " ini secara percuma!! Kami akan memberi game yang lagi hebat lagi. Nantikan!

Syarat penyertaan :
1) Like post kami di facebook
2) Share Giveaway kami di facebook
3) Pilih nombor rawak dari 1-100.

Kami akan roll number anda dan nombor terpilih akan memenangi game SNIPER ELITE 3 ini!
Giveaway bermula dari pukul 9pm 30/10/2014 sehingga 9pm 31/10/2014.

TUNGGU APA LAGI! LIKE, SHARE DAN PILIH NOMBOR ANDA!